KUALA LUMPUR: Tarikh tutup permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Kepada Hotel Bajet di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dilanjutkan sehingga 15 Jun ini.

Menurut kenyataan MOTAC, permohonan geran itu dibuka bermula 1 hingga 30 April kepada semua pengusaha hotel bajet yang diberikan penggredan 1, 2 dan 3 Orkid di bawah kementerian.

Sehubungan itu, MOTAC menyeru semua pengusaha hotel yang layak segera mengemukakan permohonan geran ditawarkan ini.

"Pemberian geran ini diharapkan dapat membantu pengusaha hotel untuk terus kekal berdaya saing bagi mempromosikan premis-premis mereka untuk menarik lebih ramai pelancong datang menginap,” menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut berkenaan garis panduan permohonan dan borang permohonan boleh didapati di www.motac.gov.my/geranpadanan iaitu laman web rasmi MOTAC. - DagangNews.com